IBU MODERN

IBU MODERN
LOVE IMAN, DINA N SYAM...HAPPY FAMILY

Monday, November 2, 2009

MY MAKE UP STUFF


my make up stuff


macam-macam ada....



Arini nak bercerita sal my make up collection yang selalu aku gunakan biler nak make up kan customer untuk majlis mereka...barang yang aku guna tak de la yang mahal sangat, sbb tu rega yang aku cas kan untuk make up kan my customer pun pada harga yang berpatutan...

Tapi memang tak dinafikan untuk dapatkan foundation yang terbaik memang kena melabur lebey skt..jenama yang popular untuk mak andam adalah Kryolan, Dermacolor, Dermacos dan sebagainya....foundation2 ini telah di jamin kebersanannya...

Untuk bedak compact laks aku lebey selesa memilih brand PIXY kerana bedaknya smooth sangat n banyak range colour...untuk barangan lain spt lipstik, eyeshadow dan yang lain2 tu pastikan barangan tersebut tahan lama di muka pemakai. Biarlah harga tak semegah mana, tapi klu kita pandai aplikasikannya confirm nampak cun.....n nampak mewah....

Tuesday, October 27, 2009

SELAMAT MENUNAIKAN HAJI

Hye semua,

Semalam merupakan hari yang teristimewa untuk keluarga Jamilah n Zazuli kerana my nenek n my atuk telah selamat bertolak untuk menunaikan Haji di Mekah...Semoga embah2 ku mendapat haji yang mabrur hendaknya...Amin....

Sunday, October 25, 2009

MY MAKE UP ON SRI YANTI BRIDAL

Salam semua...

U olls ingat tak bulan Lapan aritu aku de makeupkan ustazah Yasmin di Kelana Jaya...Photographer yasmin adalah dari Sriyanti bridal (www.sriyanti.com)..harga yang di tawarkan untuk photo perkahwinan amat berpatutan n berbaloi...kebetulan gambar ustazah yasmin yang telah aku make upkan pun ada dalam web nyer, mari la beramai-ramai melihat hasil kerja tangan ku..tq kak Sri...Usatazah Yasmin nak make up yang nipis sahaja..jadi inilah hasilnya...klik link di bawah k..

http://www.sriyanti.com/2009/04/dancing-fingers-of-sri-bridal.html

di gambar yasmin dan Zharfan...

BERGEDIK DI KALA PREGNANT


Before.....


After...





Hye semua...ni nak wat sal entry Make up ckit..maybe nnt aku akan wat satu blog yang bercerita sal make up jer..tunggu la lepas aku delivery ea....ni serba sedikit aku meng make overkan diri ku yang pregnant 8 bulan..hehe...

NEW BORN...

Baju-baju baby yang baru di basuh oleh ayahnyer....


Bath tub pink..jangan mare...


My hubby with baby dalam perut...


separuh dah wat masuk dalam bakul...


separuh lagi dalam beg pink....



Baju ni baru beli semalam....baby ibu kan gurl..


tungku moden yang besh!!


Hye semua..agak lama la aku tak mengupdate kan blog ni...kali ni nak cerita ckit sal diriku yang sedang menghitung hari nak "delivery baby"..aku jangka kan nak delivery baby kat Hospital Putrajaya jer sbb dekat dgn rumah kami...Segala persiapan dan di sediakan..cuma ada la barang extra yang tak beli lagi spt stroller baby, buaian n sebagainya...ni kena kutip dgn bakal "Mak long" n "Aki" kat Sarawak...My mum pun duk tunggu bile agaknyer aku ni akan melahirkan baby coz baru la blh buat perancangan nak beli tiket datang ke Putrajaya..my sister pun nak ikut juga sbb nak tgk first anak sedara dier..hehe..teruja aku...

Semalam merupakan hari yang malang buatku, entah la..rasa macam ada sesuatu akan berlaku..Semalam masa tengah makan2 leh aku jatuhkan sudu yang aku pegang kemas ditangan ko jatuh bergolek2 kat kedai makan "CEMPAKA RIMBA"..huhu..dah la sudu besi tu berat, abis semua orang pandang jer sebab bunyi sudu tersebut telah menggangu kosentrasi mereka makan..aku pun wat tak tahu jer la..my hubby mcm biasa, geleng2 kan kepala jer la...Pas makan2, aku memang nak ke Giant Puchong untuk COD barang iaitu tungku moden yang telah aku order sabtu aritu..aku rasa elok aku guna tungku moden jer..malas nak susahkan my mum nak cari tungku batu sungai...tungku moden ni leh didapati di "jualjual2u.blogspot.com". Harga pun lebih murah berbanding kat tempat lain...tapi nak di jadikan cerita yang malang buatku n my hubby semalam, kami almost kena saman POLIS TRAFIK..huhu... Citenye macam ni, disebabkan kami tak berapa fasih sgt dgn jalan kat Giant Puchong tu, aku n my hubby(Yg bawak kete) telah tersalah masuk jalan..so, si Atok polis trafik pun menahan kete kami yang cun nie...aku pun da cuak da...pe lagi, tunggu tepi la...Polis tu nak kena kan saman sebab kesalahan kami yang salah masuk laluan...Ayoyo..masa tu kepala aku pikir nak bayar saman nak kena cekau duit tang mana..da la nak delivery baby dlm ms terdekat ni...abg aku lak duk sengih2 jer...
Polis tu cakap kena settle dalam masa 1month saman nie..klu tak kete blacklist..aku pun lepas dgr polis tu cakap camni aku teriak la dalam kete..huhu....pas tu polis tu tny anak keberapa..aku jawap la first baby...akhirnya polis tu nasihatkan my hubby n tak jadi saman kami...huihh....lega...Tapi yang nak gelaknya, kami tak berani nak berganjak dari tempat kejadian kerana takut kena saman lagi.....Kebetulan lak tunggu akak yang nak COD tungku tu kat ctu....pas akak tu dtg baru la kami masuk ke Giant tuk beli barang dapur ckit..my hubby cakap da taubat nak datang kat Giant Puchong tu...Jom tgk picture apa yang kami dapatkan semalam kat Giant..hehe...

P/S : Klu ke Giant Puchong tu hati2..jalan kat ctu a little bit meng Konfusekan...

Monday, September 14, 2009

IPHONE





kamera tak berapa clear la...

Hp ni klu nak tukar menu kena shake jer..shake ke kiri n kanan..

pascode hp ni : 0000

* Dual SIM card, Dual standby;

* Support TF card extend to 8GB Max;

* Slide to unlock;

* Bluetooth;

* Language: Chinese/English/Bahasa Melayu/Bahasa Indonesia/

Product Specification:

* Display__ 2.6 inches touch screen; PX: 240*320

* Network__ GSM 850/900/1800/1900 MHz (True Quad Band Mini Version)

* Music__ Support MP3 background play, support equalizer; Built-in 3D stereo speaker

* Video__ 3GP / MP4, support to play in full screen, forward and pause

* Camera__ 2.0 Mega pixel camera for clear Picture

* Internal Memory__ Packed with 2G TF card,support extend card

* Data transfer__ USB cable / Bluetooth / U Disk

* Connectivity__ GPRS / WAP

* Messaging__ SMS, MMS

* Dimension__ 92*52*12mm

* weight__ 100g

* Stand-by time__ 100-280 hours

* Talk time__ 100~250 minutes

Price : RM500.00

Tuesday, September 8, 2009

BAJU RAYA,KASUT RAYA DAN SEMUANYA PASAL RAYA

Raya bakal menjelma tak lama lagi..Dalam tak sedar rupanya dah masuk hari ke19 kiter berposa..walaupun posa aku ada yang missed sebab baby n ibu baby kebuluran, tapi aku tetap nak merayakan Hari Raya taun ni dengan meriah..walaupun BONUS tak dapat, aku tetap nak beraya dengan gumbira..Tahun ni di sebabkan kandungan ku semakin besar, sudah semestinya baju raya pun mesti BESAR..Tapi aku ni tak berapa suke klu pakai baju besar2, jadi my mum buat baju lebihkan kain supaya nnt bila aku da slim nnt senang nak kecikkan baju tu..hehe...Raya taun ni cuma buat 2 pasang jer baju raya..Bukan per, di sebabkan mak aku taun ni diberikan kontrak dari adik beradiknya untuk menjahit baju anak-anak mereka, maka tak menang tangan la nak menjahit baju byk2..cian my mum..Tema raya taun ni pula ala-ala cokelat tanah gitu, tapi aku sorang jer yang lari tema..mana taknyer, satu kaler merah jambu n purple gelap.tak ke lari tema namanya tu...hehe..kasut raya taun ni pakai kasut crocs jer la, nak bergaya lebih2 pun tak leh gak..klu dulu high heel 2 inci sudah menjadi kemestian punyer...

Bercerita sal beraya, taun ni my family yang duk berhijrah kat Sarawak semuanya akan turun ke tanah air mereka kat Sungkai, Perak. My sister yang dah abis belajar kat Russia pun da balik n taun ni kitorg dapat la berkumpul beramai2..Tapi dengar citer next year my family tak dapat balik sbb tuntutan kerja n my sister maybe tak cuti coz seorang doktor memang ler susah nak cuti kan??..so, tahun ni tahun membalas rindu dendam dgn family tersayang. Taun depan aku akan ke kampung asben kat Terengganu. Kat sane pun ramai gak kengkawan yang aku kenal, yelah selama ni aku memang dibesarkan kat Terengganu kan..

Selamat Hari Raya semua....

Sunday, September 6, 2009

TAHUN NI RAYA MANA EK???

KUEH RAYA KU...(utk mak mertua n tuk bawak blk kg)



Hye semua, lama agaknya aku tak mengupdate blog...kali ni mai awal ckit ke opis n leh la update blog..Sape2 yang nak beli perfume, skunk ada sale kat "Kedai addictperfume"..so, jangan lupa jalan2 ke sana k...

KUEH RAYA....

Disebabkan kedatangan Bulan ramadhan n syawal tahun ni merupakan tahun pertama aku bergelar sebagai isteri kepada En. suami saya iaitu En.Shamsor, maka nya terasa kelainan selepas bergelar isteri orang ni.. klu dulu nak makan sahur simple2 pun boleh. tapi skunk makanan wajib masa sahur adalah nasi..kadang2 da rasa jemu mengadap nasi..tapi apakan daya, aku ni pregnant, kena la makan nasik..nnt baby tendang2 kelaparan..

Tahun ni awal2 lagi aku da wat kueh raya..tahun lepas meniaga kueh, tahun ni tak larat sebab da mengendung perut besar..duduk sekejap jer da sakit pinggang. Tapi En. suami sentiasa membantu isterinya ni..Cayang En.suami so much!!!. seperti tahun2 yang lain, kali ni kueh raya aku buat 3 jenis sahaja..Wajib tuk bagi mak mertua n bawak blk kg..kueh raya yang sempat buat adalah seperti di bawah :-


Almond london


Biskut Chrunchy Choc chip

Taun depan sesape berminat nak tempah leh la...biskut choc chip ni baru try buat..tapi kena buat lagi nampaknya sbb en.suami makan terlalu banyak sampai abis satu balang..That's mean biskut isteri dia buat sedap la tue..hehe...rasa biskut ni seakan-akan biskut famous amous tu la..walaupun tak ler sesedap mcm kat famous amous tu..hehe.. dan 1 lagi biskut yang nak kena buat next week adalah biskut suji kegemaran en.suami..


RAYA KAT MANE???

Bercakap sal raya ni mesti ramai para suami n isteri yang bergaduh nak balik raya kg memasing kan??kepada sesiapa yang dapat jodoh dgn org berdekatan or sekampung tu memang la seronok sbb tak payah nak gaduh2..balik jer kg dua-dua. macam aku ni orang Perak n en.suami lak orang Terengganu memanng la main tarik tali..Disebabkan kegawatan ekonomi n tak dengar pun nak dapat BONUS tahun ni jadi kami sepasang merancang untuk balik ke Perak sahaja..itu pun setelah puas memujuk en.suami selama awal puasa aritu..Thank you so much Suamiku sebab memahami isterimu dan situasi kiter ni...Tahun depan bolwh bawak baby balik Trg n kat sane kiter collect duit raya tuk baby byk2 ea..hehehe...

p/s : Beruntung dapat suami yang memahami isteri n selalu bertolak ansur...





TQ En.Shamsor sayang....



Monday, August 24, 2009

My New Perfumes Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak memperkenalkan blog perfume terbaru saya yang akan di updated dalam masa terdekat ni. Biasa la, kadang-kadang tak sempat sebab banyak lagi kerja lain yang perlu dikerjakan. Setiap Bulan saya akan Update List Perfume untuk memudahkan anda semua nak membeli perfume. Blog Untuk make up pun akan saya buat nanti ok...

untuk keterangan lanjut mengenai pembelian perfume boleh layari link di bawah

http://addictperfume.blogspot.com

selamat membeli belah dan berwangi-wangian....

Sunday, August 23, 2009

SALE2...PERFUME MEN & WOMEN TO LET GO PADA HARGA MURAH!!


Masculine By D&G Original (n.p:Rm252.00) (My P:Rm120.00)
5Th Avenue (W) 100ml Original (N.p: RM280)(My P: RM160.00)
(SOLD)
(SOLD)
Crave By Calvin Klein 75ml (Ori)(n.p:RM235.00)RM My price = RM 120.00


Chanel Egoiste Ori (n.p:RM290.00) (My P: Rm120.00)
(SOLD)
Issey Miyake 100ml (Ori)(n.p :RM280.00) (My P: Rm120.00)

Aigner Blue Emotion 100ml (Ori)(N.P :RM245.00) (My P: RM130.00)



Women 5th Avenue 100ml = RM160.00

Saya nak let go semua perfume di atas pada harga jualan runtuh, jadi kepada sesiapa yang nak dapatkan perfume ni boleh hubungi saya segera...Stok bagi setiap perfume ada 1 sahaja...perfume adalah perfume ORIGINAL....(Harga di atas hanya untuk stok perfume di atas sahaja)..repet order harga seperti dalam katalog....

Jika ada yang nak 5 Perfume lelaki secara borong, saya akan bagi harga RM500 for 5 perfume berkenaan....
Call Me ASAP!!! : 017-2994707 / 017-6015645
Selagi Stok masih ada...

PERFUME SALES SEMPENA HARI RAYA..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Berpuasa saya kepada semua umat islam tak kira di mana sahaja anda berada..Kali ni saya nak buat GARAGE PERFUME SALE SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI yang akan menjelma tidak lama lagi..Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set- set perfume seperti di bawah/set perfume lain, diminta anda membuat tempahan terlebih dahulu berserta deposit rm50..Sila hubungi saya untuk membuat tempahan perfume yang anda gemari....017-2994707/017-6015645






Aigner Black Icedrops = RM200.00
Jean Paul Gauliter =


Jean Paul Gauliter = RM220.00
Angel Innocent = RM 250.00

Angel


Burberry The Beat = RM240.00


Marc Jacobs Blush = RM250.00

Stella Mc Cartney = RM 260.00

Vera Wang = RM 240.00

J.Lo Glow = RM 220.00


Just Me For Men Paris = RM190.00

Calvin Klein Man = RM240.00
212 Sexy Men = Rm230.00


Incanto = RM240.00
Related Posts with Thumbnails

Im served nuffnang