Salam semua....lama da x berblogging....rindu pulak rasanya...almaklumlah sekarang emma dalam tempoh berpantang...zuriat kami yang kedua telah selamat melihat dunia pada pagi 23hb Jan 2012..orang sambut Chinese New Year..baby minah fatt choy dilahirkan pagi tu..
pengalaman melahirkan Nur Medina Qaisara kadang-kadang membuatkan rasa fobia pulak...dah start rasa sakit pada pagi Jumaat..ingat deliver sama macam kakak dia, hari jumaat jugak...tapi rasa contraction stop malam jumaatnya...hari ahad pagi dalam jam 10 pagi start rasa sakit...nasib baik mak dah naik flight ke Semenanjung malam sabtu tu..ada la yang jaga kan kakaknye...warded di Hospital Putrajaya sabtu petang tu..sbb bukaan baru 2 cm...so kena tunggu sampai bukaan 4cm baru boleh pecahkan air ketuban n masuk labour room...
petang jam 7 bukaan baru 3cm, so expect dalam kul 10malam bukaan maybe dalam 4cm n boleh bersalin...tp sayangnya, bukaan cuma 3cm jugak..doc bagi ubat tahan sakit yang melalikan malam tu, kata doc, kemungkinan pagi ahad emma bersalin..aduhai, risau gak la kan...sakit dah makin kerap n kuat...perut lak lapar sebab pihak hospital bagi makan bubur je..makanan orang yang dah discaj...nak tak nak telan jer la...
bila sakit makin kuat, nurse datang untuk cek contraction...then dalam kul 1 pagi, doc n nurse datang untuk cek bukaan, alhamdulillah, bukaan dah 4cm..kat ctu jugak di pecahkan air ketuban dan ubt berak...lepas tu terus di tolak ke labour room...
masa tu emma banyakkan berdoa, dah la mamai dengan ubat tahan sakitnya, pastu lapar perutnya, doa sangat boleh bersalin normal..dah siap2 sms hubby suh datang untuk sama2 sambut kelahiran zuriat kedua kami...
sampai kat labour room je, sakit makin kuat...bergegar gak katil tu emma kerjakan..hubby bg support, cubaan pertama teran, baby keluar n masuk balik..nurse bagi sokongan moral supaya teran lama2 ckit...dekat 5x teran baby kuar masuk..masa tu macam dah nak kena czer jer, sebab risau baby lemas...
dalam hati masa tu berdoa sangat boleh teran kuat dan lama...sakitnya Allah saja yang tahu...kali ke 7 teran, alhamdulillah, katil terasa penuh dengan air panas n baby dah selamat dilahirkan jam 1.55am....Nur Medina Qaisara...
Permata Hati Ibu & Ayah...Nur Imanina Qaisara dan Nur Medina Qaisara..