IBU MODERN

IBU MODERN
LOVE IMAN, DINA N SYAM...HAPPY FAMILY

Wednesday, November 28, 2012

Introduce my two lil princess..


Hai..nama saya Nur Medina Qaisara..saya da berusia 10bulan..hihihi..lama betul ibu saya x berblogging yer...
 


hiii..sy pulak kakak imanina..sy dah umur 3tahun..da pandai baca doa makan..hihihi..tu sebab saya tembam...
 


Monday, November 26, 2012

WELCOME DECEMBER 2012




Holla...lama betul  x update blog..kemalasan melanda..hihihihi..n TOO BUSY dengan my New Business.. insyAllah blog ni emma akan update dari hari ke sehari.. update about my story, my babies.. c u..

Thursday, February 2, 2012

NUR MEDINA QAISARA




Salam semua....lama da x berblogging....rindu pulak rasanya...almaklumlah sekarang emma dalam tempoh berpantang...zuriat kami yang kedua telah selamat melihat dunia pada pagi 23hb Jan 2012..orang sambut Chinese New Year..baby minah fatt choy dilahirkan pagi tu..


pengalaman melahirkan Nur Medina Qaisara kadang-kadang membuatkan rasa fobia pulak...dah start rasa sakit pada pagi Jumaat..ingat deliver sama macam kakak dia, hari jumaat jugak...tapi rasa contraction stop malam jumaatnya...hari ahad pagi dalam jam 10 pagi start rasa sakit...nasib baik mak dah naik flight ke Semenanjung malam sabtu tu..ada la yang jaga kan kakaknye...warded di Hospital Putrajaya sabtu petang tu..sbb bukaan baru 2 cm...so kena tunggu sampai bukaan 4cm baru boleh pecahkan air ketuban n masuk labour room...

petang jam 7 bukaan baru 3cm, so expect dalam kul 10malam bukaan maybe dalam 4cm n boleh bersalin...tp sayangnya, bukaan cuma 3cm jugak..doc bagi ubat tahan sakit yang melalikan malam tu, kata doc, kemungkinan pagi ahad emma bersalin..aduhai, risau gak la kan...sakit dah makin kerap n kuat...perut lak lapar sebab pihak hospital bagi makan bubur je..makanan orang yang dah discaj...nak tak nak telan jer la...


bila sakit makin kuat, nurse datang untuk cek contraction...then dalam kul 1 pagi, doc n nurse datang untuk cek bukaan, alhamdulillah, bukaan dah 4cm..kat ctu jugak di pecahkan air ketuban dan ubt berak...lepas tu terus di tolak ke labour room...


masa tu emma banyakkan berdoa, dah la mamai dengan ubat tahan sakitnya, pastu lapar perutnya, doa sangat boleh bersalin normal..dah siap2 sms hubby suh datang untuk sama2 sambut kelahiran zuriat kedua kami...

sampai kat labour room je, sakit makin kuat...bergegar gak katil tu emma kerjakan..hubby bg support, cubaan pertama teran, baby keluar n masuk balik..nurse bagi sokongan moral supaya teran lama2 ckit...dekat 5x teran baby kuar masuk..masa tu macam dah nak kena czer jer, sebab risau baby lemas...

dalam hati masa tu berdoa sangat boleh teran kuat dan lama...sakitnya Allah saja yang tahu...kali ke 7 teran, alhamdulillah, katil terasa penuh dengan air panas n baby dah selamat dilahirkan jam 1.55am....Nur Medina Qaisara...


Permata Hati Ibu & Ayah...Nur Imanina Qaisara dan Nur Medina Qaisara..




Thursday, January 12, 2012

Korang tahu tak apa itu SPANX?




Hari ni emma dapat mengupdate blog dengan tenangnye..hehe..sebab today boss outstation kat luar..wakakaka...memang dasar PA betul kan..

actually bila da belek internet hari-hari ni, ada la terjumpa dengan benda SPANX ni...SPANX ni direka untuk menyembuninya Spare tayar kita yang berlipat2..lemak2 yang kental kat badan..tapi tidak dijamin boleh menguruskan badan..cuma badan kita akan nampak mantap dan bergetah la senang cite..

memandangkan emma now the menunggu masa tuk delivery baby...saje nak survey2 produk/ corset yang elok untuk emma pakai after delivery nanti..so far emma dah ada PB...tapi since kulit emma macam x boleh ngam dengan PB sebab bila pakai lama akan jadi gatal2 tang pinggang dan menyebabkan ada scar, emma da jarang2 pakai PB..

Now nak cari somenthing yang boleh memantapkan badan jer..alhamdulillah badan ni emma ni mudah turun n kategori sederhana..so emma xperlukan sangat produk untuk menguruskan badan...just untuk maintain n semunyikkan spare tayar kete kancil yang berlebihan kat badan jek..hehehe...Harga produk ni pun ok, x terlalu mahal..ada pilihan dari yang murah kepada yang mahal...kalau nak murah boleh beli brand ASSET...

So, kepada yang nak beli produk SPANX ni leh pre-order dengan gadis kerry ni..

http://blogshopkerry.blogspot.com

tapi rasanya dia nak getting married, so boleh order dengan her luvely sis

lovelylady242@gmail.com




Related Posts with Thumbnails

Im served nuffnang