IBU MODERN

IBU MODERN
LOVE IMAN, DINA N SYAM...HAPPY FAMILY

Thursday, January 12, 2012

Korang tahu tak apa itu SPANX?




Hari ni emma dapat mengupdate blog dengan tenangnye..hehe..sebab today boss outstation kat luar..wakakaka...memang dasar PA betul kan..

actually bila da belek internet hari-hari ni, ada la terjumpa dengan benda SPANX ni...SPANX ni direka untuk menyembuninya Spare tayar kita yang berlipat2..lemak2 yang kental kat badan..tapi tidak dijamin boleh menguruskan badan..cuma badan kita akan nampak mantap dan bergetah la senang cite..

memandangkan emma now the menunggu masa tuk delivery baby...saje nak survey2 produk/ corset yang elok untuk emma pakai after delivery nanti..so far emma dah ada PB...tapi since kulit emma macam x boleh ngam dengan PB sebab bila pakai lama akan jadi gatal2 tang pinggang dan menyebabkan ada scar, emma da jarang2 pakai PB..

Now nak cari somenthing yang boleh memantapkan badan jer..alhamdulillah badan ni emma ni mudah turun n kategori sederhana..so emma xperlukan sangat produk untuk menguruskan badan...just untuk maintain n semunyikkan spare tayar kete kancil yang berlebihan kat badan jek..hehehe...Harga produk ni pun ok, x terlalu mahal..ada pilihan dari yang murah kepada yang mahal...kalau nak murah boleh beli brand ASSET...

So, kepada yang nak beli produk SPANX ni leh pre-order dengan gadis kerry ni..

http://blogshopkerry.blogspot.com

tapi rasanya dia nak getting married, so boleh order dengan her luvely sis

lovelylady242@gmail.com




Tuesday, January 10, 2012

BLOG DR.HARLINA (WIFE DR.SHEIKH MUZAFFAR)

Tadi masa tengah scroll n BW..emma terserempak dengan blog Dr.Harlina ni..
Dr.Harlina baru start berblogging sept 2011..banyak info n cerita mengenai her family dalam blog dia..n xlupa juga the comel lote Bella...Ada satu entry sal pengalaman dia bersalin dalam air...sioknye....kalaulah emma leh bersalin dalam air gak, kan best..xpayah nak epositomi..sakit woo....hopes second baby ni jangan la ada episotomi..
Ni blog Dr.Harlina tu..BW la ea..hehehe


http://barelysupermommy.com/


Sunday, January 8, 2012

PREPARATION FOR DELIVERY

Hai semua..
hari ni emma nak kongsi antara item set berpantang yang emma da beli baru-baru ni..selain tu emma nak share barang-barang lain yang perlu ada semasa berpantang...


CONFINEMENT SET


Phytonatal : Sangat bagus untuk menurunkan berat badan selepas bersalin..

Bengkung Atika Beauty : selain daripada Bengkung Mak Dara, bengkung atika ni labuh n sangat kemas buatannya...harga pun murah daripada Bengkung Mak Dara RM40 sahaja...material menggunakan kain belacu...


Beras Kencur : bertindak sebagai Param...emma beli kat kedai jamu Pasar Malam putrajaya...murah jer..sebungkus rm1, kalau kat warta rm2.50 sebungkus..





Minyak Herbanika : Bagus untuk membuang angin dan boleh dijadikan minyak mengurut..kat pasar malam Putrajaya rm68, kalau beli kat Herba Cinta.com di econsave Seksyen 15 bangi dapat rm58..yang minyak berubat herba pulak dalam rm33..boleh letak di Pad dan boleh digunakan untuk baby juga...

Masih ada lagi barangan yang emma belum sempat beli..Jamu & kopi red guara..

BARANGAN LAIN

Setiap ibu yang lepas bersalin akan mengalami masalah sembelit..untuk hilangkan sembelit boleh makan Phytonatal..tp kalau jenis x suka selalu ketandas boleh beli produk berasaskan Fiber..emma dulu makan Fybogel..then kalau rasa takut-takut nak membuang, beli sabun liquid yang cucuk kat montot tu...senang nak buang air dan najis pun lembut if kita makan fyber....

Cuba lah...

Thursday, January 5, 2012

AKHIRNYA DA BUAT KEPUTUSAN.....

Setelah puas survey dan di timbang tara..akhirnya emma da buat keputusan untuk membeli barangan di bawah..bukan xnak beli satu set, tapi takut ada yang emma x guna or makan..so lagi membazirkan..if beli satu2 mcm ni sekurang-kurangnya semua emma guna n pakai...
so, lets check out the survey...


Set Bengkung ibu halimah (Mak dara) :
Emma pilih bengkung ni sebab mudah nak pakai, zigzag dan lebih kemas sebab ikatan mcm tali kasut..paling penting iainya labuh dari bawah dada hingga bawah punggung... harga dalam
RM 49.95




Minyak Herbanika NR :
Emma pilih minyak ni sebab ramai kawan-kawan yang ckp ianya bagus untuk membuang angin dan keberkesanannya sangat bagus...Harga RM58 (130ml)


Jamu Bidadari :
Ni jamu yang emma makan masa pantang lahirkan imanina..sebab utama pilih ialah, rasanya yang boleh ditelan tekak dan khasiat-khasiatnya yang boleh mengecut dan merapatkan rahim..
harga rm53 (250ml)




Phytonatal :
Emma pilih sebab ianya mudah untuk melawaskan sistem perkumuhan..biasanya lepas pantang mudah sembelit. So kalau makan benda ni, ianya membuang sisa toksik di dalam badan kita...harga RM100 (90 biji)



Kopi Red Guara :
Kopi ni memang best minum panas-panas masa pantang..n banyak kebaikkan daripada kopi ni..korang leh try search ye..RM25.80 (20 Sachet)





Total semua adalah : RM287..
masih dalam budget emma bawah rm300..hehe...

Wednesday, January 4, 2012

CONFIMENT SET APA YANG BAGUS EK??

Hai olls....
memandangkan ni second pregnancy, emma tercari-cari produk confinement yang bagus...
ramai yang cakap NR bagus especially Phtyonatal yang membuatkan sistem perkumuhan kita lebih lawas..tp ada yang ckp perut memang akan memulas-mulas la kan..huhuhu..itu yang x sanggup tu...minyak herbanika NR pulak bagus untuk memberi kesegaran dan melegakan sakit-sakit urat badan..

Masa fisrt pregnancy emma amik produk DCL..so far ok la, tapi kesan dia xberapa nak nampak sangat...Jamu Bidadari dia best..x rasa macam makan jamu lak...Kopi Red Guara pulak memang terbaik...pening kepala bila fikir nak beli set confinement ni...



Monday, January 2, 2012

IMANINA SI MULUT BECOK...

Rindu sangat-sangat kat anak ibu ni..almaklumlah..cuti hujung tahun kemain lama sbb babysitter imanina cuti...bila da pagi2 bangun peluk si mucuk ni memang tersangat best la kan...now emma da stat keje...so, pagi2 cium si mucuk dulu..pastu cium si ayah..then baru la bangun untuk siap-siap g keje...

Now sape2 yang conctact saya akan dapat bercakap dengan budak debab ni secara percuma... kenapa??..kerana dia dengan suka hati nak bercakap dengan anda dan merampas telefon tersebut daripada anda...ayat pertama yang akan kuar ialah..."Eyoo..eyoo" dlm nada pelat..(Hello..hello)...pastu imanina akan bercakap dalam bahasa Venuzuela yang dia sangat gemari..(sebab ibu dia selalu buka barney versi venuzuela..tu yang anak terlebih pandai bercakap dlm versi itu"..hehe..


antara topik yang biasa dibualkan sama seperti topik orang bercinta....
" da makan?"...
"da Mandi?"....
"Tadi makan apa?.."..

dan sewaktu dengannya...
imanina pun akan menjawap dlm bahasa yang digemarinya..cuma mungkin anda akan faham tang "andy", "akan"..

hehehe.....sambung nanti k...

wordless monday...








Musim buah sgt best kan...

hurmm.....




Related Posts with Thumbnails

Im served nuffnang