IBU MODERN

IBU MODERN
LOVE IMAN, DINA N SYAM...HAPPY FAMILY

Thursday, September 29, 2011

BILA IBU&AYAH BUAT JOB LUAR, KECIAN IMANINA...

Present...our cute daughter..
Nur Imanina Qaisara




Banyak dah gigi dia...cian dia semalam..tido kat umah mama za (babysitter) dia..
kul 12 malam baru ibu&ayah habis buat kerja...
tengok2 anak ibu da tertido kat umah ma dia..cian dia..
tapi nak buat macamana kan, ibu dgn ayah kena bekerja untuk mengembangkan butik kita...
nak tau kenapa ibu & ayah kena tinggalkan imanina..kitorang buat job ni..


Membuat pasangan pelamin..ada gaya macam boss tak??




Ayah dgn kawannye..




jam 9.00 bertolak dari rumah..kul 12 malam baru siap semuanya..
Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar..amin..

Wednesday, September 28, 2011

MAGNUM ICE CREAM..NYUM..NYUM

Haritu emma singgah Ezyshoppe kat Presint 15. sekali terpandang la ice cream ni..disebabkan imanina pun nak makan ikem (ice cream), so belikan dia ice cream pelangi jer..cukup la tuk kanak2 cam imanina...

emma memang mengidam dari haritu lagi, tapi x sempat nak membeli..pilihan hanti emma adalah ice cream magnum almond..nyum..nyum..sedap..salutan cokelatnya yang mewah n sedap tu kalah rasa cokelat cadbury..more tu rasa cokelat ferrero rocher..hehe...

korang yg nak merasa tu g la beli ea..beli setakat nak merasa ok jer..baru rm3.90..kalau nak menketedarah memang la x mampu..hehe


Thursday, September 22, 2011

THANYAPORN PRODUK

Haritu emma saje je duk review produk kat bawah ni..nama produk ni THANYPORN..bukan TANYASAMADIA or TANYAAKU..hehehe..

Review dia macam kat bawah ni..

Kesan Penggunaan (2-4 minggu):-

*Membesarkan saiz payudara dan punggong.
*Menegang, memejal dan menganjalkan payudara dan punggung yang telah mengendur.
*Mencerah, melembut dan menganjalkan kulit
*Melangsingkan badan
*Menyihatkan rahim
*Mengetatkan vagina
*Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
*Membantu menggelapkan rambut beruban dan menggalakkkan pertumbuhan rambut
*Menambah tenaga dan kecergasan
*Mengatasi masalah sukar tidur

Pueraria Mirifica adalah merupakan sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di kawasan tanah tinggi di Utara Thailand. Ia mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara.

Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon Phytoestrogens bukanlah hormon, tetapi ia memberikan manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara. Hasilnya, payudara anda menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap.

Pueraria Mirifica menyegarkan organ dan tisu-tisu lemak di sekitar kawasan payudara. Ia juga membantu dalam menyokong kolagen yang memberikan bentuk yang cantik dan anjal secara semulajadi. Pueraria Mirifica juga mengandungi ekstrak miroestrol dan deoxymiroestrol yang boleh memberi kesan pembentukan semula pada bentuk payudara yang semakin kendur hasil daripada perubahan hormon dan faktor dimamah usia. Malahan ia juga menjanjikan kecantikan payudara agar semakin montok dan menggiurkan seperti yang diidamkan setiap wanita. Keistimewaan Pueraria Mirifica juga dapat memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul. Hasil penggunaan yang kerap pasti memberi impak kepada saiz payudara yang asal kepada saiz idaman.

Pueraria Mirifica juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.

NOTA: Pueraria Mirifica tidak sesuai digunakan oleh gadis yang berumur kurang dari 18 tahun (faktor bawah umur) dan wanita mengandung.


Tapi di sebabkan emma dalam pregnancy, idak la emma amik produk ni..kena tunggu baby kuar dulu n habiskan breasfeeding baru la boleh ambil..tapi tu la, takut juga if ada side effectnya..so far tengok testimoni cam ok dan ada perubahan yang ketara..yela, bukan apa..menjaga aset2 yang ada untuk encik suami...kan nak jadi hot mummy..hehehe...


HOT MUMMY...WHAT DO U THINK??


Since be a mom..emma x pernah terpikir nak jaga badan sangat..ye la, kurus ke gemuk ke suami kita jerla yang tengok kan..hehe..tapi sebenarnya, x..walaupun dah kahwin memang tetap kena jaga badan dan melawa tau...bukan untuk sesiapa, just untuk our beloved husband..macam2 cara penjagaan badan yang ada. Makan jamu la, pakai korset la dan sebagainya..yang ada duit lebih sikit boleh la pergi sliming center kan..buat yang tak mampu boleh la amalkan diet seimbang n jogging...

Alhamdulillah lepas bersalinkan imanina tubuh emma kembali seperti asal..malah rasanya lagi lost weight...dulu 53 kg, now 51kg (masa first checkup)....hehe..penat jaga anak kot..emma pun jarang makan nasi waktu malam..memang tak lalu sgt nak makan nasi waktu malam, emma lebihkan makan roti dan minum susu..if lapar emma makan mee sup..emma akui memang susah la nak berjogging..berjogging dengan imanina kat umah pun dah turun kalori..hahaha....untung hubby emma pun jaga badan..so malam2 xde la mencekik nasi jer..dia pun risau gemuk..

bercakap tentang hot mummy, di akui memang susah nak jd hot mummy..apatah lagi lepas2 da bersalin kan..perut of coz la spare tayar jenis mercedes punye spare tayer...pastu semuanya da x mengkal la, itu la.ini la..mula la encek suami mencari lain kan..

Hot mummy xsemestinya kena daring..berpakaian bertutup tetap tampak bergaya dan pandai menjaga penampilan pun boleh di kategori segai hot mummy taw..so kepada kaum2 wanita di luar sane...jaga abaikan penampilan anda dan Selamat menjadi hot mummy...


Wednesday, September 21, 2011

POSE BY LITTLE MODEL..IMANINA QAISARA

Now imanina was growing up...dulu masa kecik x brp pandai nak posing2 maut ni..now da menginjak ke 2 tahun, posing amatlah pandai..pantang nampak kamera ok....hehe..like mother like daughter...







E ESSENCE Make up Produk (Jom Review)

Hai Uolls,
Hari ni emma nak review all produk E Essence yang emma beli haritu..dari ke hari ke sehari emma nak upload pic, tp asik la lupa nk bawak pendrive kan..hehehe..
lets chekikdout ape yang emma suka sangat kat produk ni..


Kajal Eye pencil & Black Mania kajal pencil.
Suka sangat2 especiall Black mania kajal...boleh smudgekan n buat arabic eye...tapi malangnya ianya x waterproof ok..so far emma bg 4/5 bintang...
harga kajal eye pencil : RM4.90
Black Mania Kajal : RM6.90


White Kajal eye pencil
Ni merupakan white pencil kegemaran emma selain daripada Revlon..warna sangat2 mudah melekat..sangat2 superb, harga cuma : RM4.90..emma beli sampai 3 batang sebab takut habis..hehehe



All Product yang emma beli...jom buat check list :
Multi colour Blusher : RM14.90
E Essence lipstick : RM 9.90
Lipliner : RM 4.90 x 3 : RM14.70
White Kajal : RM4.90x3: RM14.70
Black Kajal : RM4.90
Black Mania Kajal : RM6.90
Liquid Foundation 16h : RM18.90 x 2 : RM37.80
Liquid eyeliner waterproof : RM12.90
Lip Gloss Stay with me : RM 12.90

(Yang tiada dalam gambar)
Mascara No limit : RM11.90
Eyeliner maker black mania : RM12.90

Multicolour Blusher
Warna sangat2 soft n neutral..sangat2 suka..harga cuma : RM14.90

Lipstik wanra sangat neutral n creamy..harga rm9.90, Liquid Eyeliner yang sangat pekat RM12.90 n lip gloss yang tahan lama RM9.90


Lipliner
Emma sangat suka lipliner brand ni sebab ianya mudah melekat berbanding brand elianto..so, try cepat ea..warna melekat n tahan lama if lipstik jenis matte digunakan..kalau lipstik jenis glossy or cream pun tahan lama jugak..harga : RM 4.90 each


Foundation Stay All day 16 h
Ni merupakan antara foundation kegemaran emma kini..tahan lama setanding jenama yang mahal taw..x caya sila cuba try..harga rm18.90 je..emma sebab terlalu obses sampai beli 2 botol..hehe...

kiri muka tu da calit ckit..smooth kan..sebelah kanan lom lagi..
(maaf sebab muka x cun..jerawat naik tanpa di duga)..


Ni hasil make over menggunakan all product E Essence..





Customer ni emma gunakan eyeliner, lipliner, kajal black mania n blusher E essence...

Untuk makluman, x semua watson ada outlet brand ni..maybe watson di gedung membeli belah yang besar ada..so, try chek it out...

Monday, September 19, 2011

PRODUK KOSMETIK TERBARU DI PASARAN YG AWESOME!!!

Hai uolls,
Lama x berblogging..since my boss xde kat opis dapat la berblogging sekejap..
unifi kat umah lak semakin hari semakin teruk..
kejap2 line xde...menyampah betul...
hehehe..

so, off topic now...
emma nak share produk terbaru yang ada di pasaran..
so far outlet produk ni ada kat Watson, Guardian emma x pernah survey lagi..
Produk kosmetik ni brandnya e essence,
maybe korang x pernah cuba n dengar brand e essence ni..emma pun tahu lepas balik raya hari masa jalan-jalan kat watson..emma tengok all product kat e essence ni dah banyak yg habis..so i guess mesti produk ni best...becoz of emma memang suka tambah koleksi mekap, so first try emma beli white kajal e essence ni..harga pun tak mahal..rm4.90 jer...


N result dia emma memang sangat2 suka...emma bagi 5 bintang for the white kajal..

Apa yg emma sangat2 suka :
1) Warnanya sangat mudah melekat n pure white..(Hasil sama mcm revlon white Khol yg berharga rm33) ( boleh jimat di situ sebanyak RM28.10)
2) warnanya tahan lama

Apa yang emma tak suka :
TIADA!!!

Dan korang nak tahu..haritu watson restock this product..
so emma grab 2 batang lagi..hahaha..abis orang lain x dpt beli..lip liner pun rm4.90 emma amik 3 colour..then yang paling best liquid foundation dia yang setanding revlon colour stay (RM 53), liquid foundation stay all day 16h long lasting make up...superb sangat liquid foundation tu..harga baru rm18.90.. so, uolls boleh la try brand ni....sangat2 best..x tipu...

emma tiap2 hari ajak hubby g watson sebab nak beli produk ni...harga sangat2 berpatutan..kualiti sangat2 bagus...melebihi daripada harga yang di tawarkan...





Related Posts with Thumbnails

Im served nuffnang